Polling
Bagaimana menurut pendapatmu, sekolah kita mencanangkan kampus bersih, hijau dan disiplin?
Setuju
Sangat Setuju
Kurang Setuju
Tidak Setuju

Lihat Hasil Poling

Statistik Pengunjung :
 Hari ini : 26
 Total : 74325
 Hits hari ini : 180
 Total Hits : 568912
 Online : 3

Plan - Relokasi SMK Sangkuriang

Engkaulah Apa Yang Kau Fikirkan

Compiled by : NUR MAYA   |  2322 views

Engkaulah apa yang kau fikirkan, ucapan lazim para penceramah motivasi, sama ada motivasi bercorak Islam atau motivasi bercorak Barat. Ada juga lagu motivasi yang menggunakan ungkapan di atas dalam liriknya atau sebagai tajuknya.
Dalam tulisan ini saya ingin kaitkan Engkaulah apa yang kau fikirkan dengan penghayatan dan komitmen terhadap kerja atau perkara yang dilakukan.
Saya mulakan dengan satu cerita:
Apa yang kamu sedang buat? Tanya mandor kepada seorang tukang bata yang sedang menyusun bata di bangunan yang sedang dalam pembinaan.
Sedang menyusun bata, jawab si tukang bata. Dalam hatinya beliau berkata, Tak nampakkah apa yang orang sedang buat?
Bagaimana agaknya kualiti kerja tukang bata tersebut?
Apa yang kamu buat? Tanya si mandor kepada seorang tukang bata lain yang juga sedang menyusun bata di bahagian lain bangunan tersebut.
Saya sedang membina sebuah pusat pengajian, jawab si tukang bata itu. Pusat pengajian ini Insya Allah akan melahirkan pemimpin, usahawan, profesional dan sebagainya, yang soleh dan solehah, sambung beliau.
Agak-agaknya tukang bata mana yang menghasilkan kerja yang lebih berkualiti? Ya, tukang bata yang kedua. Kenapa? Kerana beliau melaksana kerja dengan matlamat yang lebih besar dari dirinya. Bukan hanya sekadar untuk cari makan tetapi untuk matlamat yang lebih besar, iaitu mendapat keredhaan Allah. Jika keredhaan Illahi yang dicari, sudah tentu kerja dilaksana sebaik mungkin.
Steven Covey dalam bukunya, The 7 Habits of Highly Effective People, menyarankan kita supaya mengamalkan prinsip memulakan sesuatu dengan matlamat telah ditetapkan, bukannya memulakan kerja kemudian tunggu dan lihat apa yang akan dicapai.
Apa yang dibayangkan atau matlamat yang ditetapkan oleh tukang bata tadi? Beliau melihat sebuah pusat pengajian yang indah, yang secara konsisten mengeluarkan lulusan yang soleh dan solehah. Matlamat yang murni membawa kepada keseronokan melaksana kerja, ia memberi motivasi kepada kita untuk melakukan yang terbaik.
Jika ada yang tidak suka dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang, tukar kerja. Jika tidak boleh tukar kerja, cari dan tetapkan matlamat yang lebih besar dari diri sendiri yang boleh dicapai melalui kerja tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang menjadi guru kerana terpaksa, kerana tiada kerja lain, tidak akan mendapat keseronokan bekerja. Membawa perubahan kepada nasib umat Islam boleh menjadi satu matlamat yang sangat bermotivasi dan menyeronokkan.
Fikir-fikirkanlah.
Wallahua llam


[ Back ]